Alhamdulillah hari ni macam di permudahkan sedikit urusan Penulis tidak seperti hari-hari lepas yang kurang prodaktif.Maka usai selesai menelaah dua bab daripada subject Materials untuk exam hari sabtu nanti Penulis terdetik untuk berkongsikan perihal ini.
Ia hidup ini memang banyak pilihan yang perlu di lakukan,sangat banyak sampaikan kadangkala kita membuat pilihan tanpa berfikir panjang.Dek kerana kekecewaan kita pada pilihan yang gagal lantas kita menyerahkan bulat-bulat pilihan yang seterusnya kepada TAKDIR dengan nada penuh kesal dan putus asa.
Penulis berfikir panjang apabila roommate Penulis mngadu tentang pilihan yang ada buatnya sekarang dan yang paling Penulis berasa jengkel apabila pilihan yang dipersoalkan itu melibatkan masa hadapan dia.Bgaimana anda boleh cepat mengalah dengan pilihan yang telah anda buat dengan penuh keyakinan pada awalnya tetapi kerana halangan yang hadir anda merubah Pilihan yang dilakukan.Bagaimana anda boleh berexperimentasi dengan masa hadapan anda.Apa sememangnya masa hadapan ini sekadar cuba dan jaya kah?.Kalau gagal lalu apa?.Ubah Pilihan?. Maaf dik anda tidak tetap pendirian.
Tapi jauh di sudut hati Penulis sebenarnya Penulis faham masalah yang dihadapi oleh roommate Penulis. Dia sekadar tertekan dengan keadaan semasa dan tidak bermaksud untuk mengalah kerana Penulis dapat lihat wawasan yang cuba dibawa olehya.
Mungkin juga kerana Penulis tiada Pilihan lalu Penulis bertekad untuk meneruskan pilihan Penulis sehingga ke akhirnya bak kata orang putih Do or Die.Tetapi secara jujurnya Penulis rasakan bahwa sememangnya Roommate Penulis mempunyai peluang yang banyak.Hati-hati pilih peluang Dik kerana peluang itu tidak datang bergolek ianya datang dengan pertukaran.
P/s : Matang bukan dinilai dengan perbuatan mahupun umur tetapi matang itu di nilai dengan pemikirannya. Umur hanya sekadar nombor dan tidak berkait langsung dengan kematangan.




No comments:
Post a Comment