Featured Post 3


Sunday, December 7, 2014

-Random-



Mencari dan terus mencari dan masih lagi mencari. Hidup yang dipenuhi dengan segala macam jenis rencam ini sangat meletihkan, sangat melemahkan. Siapa sahaja yang bakal tahu apa yang akan berlaku kelak?. no one ever knows!!.. things getting rougher eyy??. well inilah indahnya kehidupan ini, sangat mencabar dan sangat kempetetif.


life with a purpose insyaallah walaupun hakikat kehiduppan itu sendiri sebenarnya cukup menyebalkan tetapi ianya sudah menjadi satu kemestian yang harus kita tempuhi dan sebenarnya kesusahan ini meruapakan sebahgian daripada keindahan kehidupan ini. 



Life without challenges is meaningless anyway.. Insyaallah ketapkan bibir rapat-rapat ayuh kite terus maju menempuhi kehidupan yang kita tidak tahu bila penghujungnya tetapi yang pasti kehidupan in akan berakhir jua. Sehingga hari itu tiba ayuh kita berpegangan tangan dan teruskan apa yang perlu kita teruskan. 

"You're alive for a reason: Don't give up"




Friday, May 30, 2014

Dari Hati Buat Hati



Hari demi hari berganti terkadang kita tidak sedar langsung bahawa kekotoran telah menjadi sebati dengan diri. Ketika yang keruh di lihat jernih, yang hitam di kata putih manakala yang busuk di katanya wangi. KEBIASAAN!!! sudah mengaburkan hati bukan?.

Lalu hari ini Penulis melalui satu situasi yang sangat mendukacitakan apabila seorang Muslim gagal melaksanakan tangungjawab sesama Muslim, satu Perinsip yang Penulis bermatian untuk mempertahankannya. Perinsip yang senang tetapi Payah dijaga.


Ya terkadang Penulis juga turut melakukannya, namun itu lumrah sebagai manusia biasa yang tidak akan tidak melakukan DOSA namun perbuatan ini haruslah dikawal semahunya, jangan mudah di permainkan oleh AMARAH yang di ketahui umum dipacu oleh Syaitan yang di rejam.


Being a judgmental tu satu hal, menyebar atau membuka aib sesama Muslim satu perkara lagi. kali ini kita biarkan pula diri kita dipermainkan dengan Syak Wasangka dan kata nista yang sekali lagi dipacu laju dan gah oleh Syaitan yang direjam. Begitu mudah kita tewas.. Astagfirullahalazim (meraub muka).. lemahnya Iman kita!!!..

Sahabat, hidup wajib berperinsip. Setiap dari kita semestinya diuji dengan penyataan (perinsip) yang kita bawa, lalu jika enggan menjadi muslim yang munafiq sentiasalah terbuka dan redha dengan ujian yang kita hadapi. Ya Action Speak Lauder than Word peganglah peribahasa ini, ketap bibir dan sabarkan hati insyaallah allah tidak akan mensiasiakan hambanya yang bersabar.




P/s :- bak kata Hlovate Penulis ni Switzerland, menyokong pun tidak mengiya pun.Bukan tidak berpenderian tetapi hendak menjaga damai kedua-dua pihak.Semoga allah cekalkan dan kekalkan hati-hati kita menepuhi dugaan dunia yang sementara sebelum menemui ke indaah akhirat yang bersifat abadi. AMIN..   

Tuesday, December 10, 2013

~Salam ingatan~


Dah lama dah Penulis nak update blog Penulis, tp apa kan daya seperti mana yg kalian sedia maklum blog Penulis terus terusan sepi x berpenghuni kan..

Walaumacam manapun Penulis akan cuba usahakan juga untuk menulis di laman ini ya.. Insyaallah coretan mini ini akan menjadi pencetus kepada coretan bersekala 1:1 nanti..

P/s : tahniah buat semua yang bertungkus lumus membantu mangsa banjir di Pahang danTerengganu BN dan PR masing-masing buat yang terbaik untuk rakyat (walaupun tok pancing undi) manfaatnya dpt dekat rakyat juga jgn takut nak berdemokrasi lagi..


Tuesday, October 1, 2013

~Yang Baru atau Masih Lama?.~



Jangan tanya kenapa?, sebab Penulis pon tak tahu kenapa. Jangan tanya apa?, sbb penulis sendiri masih mencari apa dimana.Bila mereka di sekeliling kita berubah lalu penulis rasakan sepatutnya penulis juga patut berubah tapi terasa hati semakin membatu teruk (teghok bak kata Orang Utara).

Terkadang terasa sangat "ANNOYING" dengan semua orang, rasa macam mereka salah dan Penulis sahaja yang betul dan bila fikir semula terasa kejahilan semakin menebal dalam diri Penulis. Terkadang Penulis dapat merasakan yang Tuhan semakin menjauhi Penulis, jika dulu terasa tuhan sering rapat dan dekat sekarang berbeza.

AYUH...AYUH...AYUH...
Penulis sering mendakwa mereka yang di sekeliling Penulis bersikap "judgmental" terhadap Penulis tanpa Penulis sedar yang Penulis turut menghukum mereka. "Aku berbeza", "ish macam kau  bagus" adalah bisikan-bisikan yang Penulis jadikan sebagai PELINDUNG diri tanpa Penulis sedar yang bisikan itu datang dari Syaitan yang sekaran ni dah ketawa sampai terkencing-kencing lihat keadaan semasa Penulis.

I've learned a lot and at the same time I've been hurt too much, semuanya adalah hukuman dari Tuhan yang selayaknya Penulis terima atas dosa besar yang Penulis lakukan terhadap yang Esa. What should I do?.

P/s : Sedang terseksa,selamanya akan terseksa. Mana kawan yang dulunya sentiasa ada bersama? ak perlukan kau tahu?.

Monday, September 30, 2013

~ Lembah Hitam ~



Dari luar lembah itu menarik pandang,
Memanggil-mangil akan aku,
Hati kecil ini senantiasa berbisik-bisik,
"lembah itu lembah gelap,bahaya!",
Bisiknya lagi,
"Apa yang ada didalam?semuanya gelap. Bahaya! ".

Kotak fikir berputar laju,
Berpusing-pusing ligatnya,
"Apa mungkin aku kan tahu?",
Fikirnya,
"Jika aku terus disini?".

Hati kecil atau kotak fikir?,
Aku? Aku?,
Ya aku, aku harus memilih,
Hanya satu,
Mustahil keduanya,
Hanya satu.

Kotak fikir kurasa betul,
Hati kecil kurasa ragu,
Aku harus tahu,
Ya aku harus tahu.

Akhirnya aku masuk,
Ya disitu,
Lembah itu.



P/s : ketika penulis masuk ke lembah itu, penulis rasa ragu. Tapi apakan daya jalan masuk tak semenarik jalan keluar. Hanya mampu berdoa agar ketemu jalan keluar.

Saturday, May 4, 2013

~ Nekad Muktamad ~

Aku akan terus meludah,
Aku akan terus berpindah,
Aku akan terus menulis,
Aku akan terus menepis,
Aku akan terus di pentas,
Aku akan terus mencoba,
Aku akan terus berkarya.

Kau akan meraung,
Kau akan tersunggung,
Kau akan termenung,
Kau akan melopong,
Kau akan meradang,
Kau akan di tendang,
Kau akan mengerang,
Kau aka menangis malam dan siang,
Kau akan kecundang.

Kau jgn risau.
Hati ini bersarang kebencian.
Hari ini aku nekad.

22 April 08
1.53
Bogel Menuju Tuhan,
M/s 6

~ Selamat Pagi Kuala Lumpur ~

Assalamualikum, sepatutnya berada di Johor menunaikan tanggungjawab terhadap Negara tercinta namun kaki melangkah ke kotaraya Kuala Lumpur.



Featured Post 7


Click here for Myspace Layouts

Featured Post 6

Labels

About