Featured Post 3


Friday, May 30, 2014

Dari Hati Buat Hati



Hari demi hari berganti terkadang kita tidak sedar langsung bahawa kekotoran telah menjadi sebati dengan diri. Ketika yang keruh di lihat jernih, yang hitam di kata putih manakala yang busuk di katanya wangi. KEBIASAAN!!! sudah mengaburkan hati bukan?.

Lalu hari ini Penulis melalui satu situasi yang sangat mendukacitakan apabila seorang Muslim gagal melaksanakan tangungjawab sesama Muslim, satu Perinsip yang Penulis bermatian untuk mempertahankannya. Perinsip yang senang tetapi Payah dijaga.


Ya terkadang Penulis juga turut melakukannya, namun itu lumrah sebagai manusia biasa yang tidak akan tidak melakukan DOSA namun perbuatan ini haruslah dikawal semahunya, jangan mudah di permainkan oleh AMARAH yang di ketahui umum dipacu oleh Syaitan yang di rejam.


Being a judgmental tu satu hal, menyebar atau membuka aib sesama Muslim satu perkara lagi. kali ini kita biarkan pula diri kita dipermainkan dengan Syak Wasangka dan kata nista yang sekali lagi dipacu laju dan gah oleh Syaitan yang direjam. Begitu mudah kita tewas.. Astagfirullahalazim (meraub muka).. lemahnya Iman kita!!!..

Sahabat, hidup wajib berperinsip. Setiap dari kita semestinya diuji dengan penyataan (perinsip) yang kita bawa, lalu jika enggan menjadi muslim yang munafiq sentiasalah terbuka dan redha dengan ujian yang kita hadapi. Ya Action Speak Lauder than Word peganglah peribahasa ini, ketap bibir dan sabarkan hati insyaallah allah tidak akan mensiasiakan hambanya yang bersabar.




P/s :- bak kata Hlovate Penulis ni Switzerland, menyokong pun tidak mengiya pun.Bukan tidak berpenderian tetapi hendak menjaga damai kedua-dua pihak.Semoga allah cekalkan dan kekalkan hati-hati kita menepuhi dugaan dunia yang sementara sebelum menemui ke indaah akhirat yang bersifat abadi. AMIN..   

Featured Post 7


Click here for Myspace Layouts

Featured Post 6

Labels

About