Featured Post 3


Wednesday, November 9, 2011

-CAPEK BANGET SIH-




Lama menyepi daripada mencoret-coret di laman ini, maklumlah insan yang masih baru belajar untuk mengenali erti kehidupaan manusia di muka bumi ini. Maka di hambatlah insan ini dengan bermacam tangungjawab untuk di laksanakan. Tanggungjawab kepada tuhan, manusia, ibu bapa dan organisasi. Semuanya memerlukan pengorbananya tersendiri.

Teringat sewaktu di semester dua dahulu ketika itu KRMM sangat rancak berprogram. Rancak yang macam mana?. Sangat rancak sehingga tak sempat nak duduk nah dapat bayangkan tak?. Dalam masa sebulan ada lima program dalam erti kata lain seminggu satu program dan sebagi Timbalan Pengerusi 1 yang memegang portfolio memantau kesemua program KRMM saya terpaksa mengerakan semua program tersebut walaupun ada sesetegah program tu AJKnya CABUT LARI dan SAYA TERPAKSA BUAT SEMUA KERJA MEREKA SENDIRI. Nah sekarang dapat bayangkan tak bertapa rancaknya kami ketika itu?.

Sehinggakan sampai satu tahap saya rasa penat nak teruskan..terasa fed up sangat, dah lah kita bertungkuslumus buat program lepas tu orang tahu nak kutuk kita je. Sampailah satu saat tu saya mengadu dengan Naqib.

Saya :
Bang dah tak larat lah nak teruskan ni semua, penat sangat.
Naqib :
 (tersenyum sambil memandang saya).
Saya : 
Dah lah bekejar-kejar kesana kesini ,semua minta nak cepat ,AJK lari tak nak buat kerja. Semua                                                                                                               tu ana buat sendiri last-last kena marah pulak.Penat lah, lepas ni ana malas nak buat gerak                    kerja.PENAT!!!.
Naqib : 
Kenapa Fendi buat semua program tu?.
Saya : 
(Saling berpandangan). Sebab tangungjawab saya sebagai Timbalan Pengerusi 1.
Naqib : 
Lagi?.
Saya : 
Untuk Kelab.
Naqib : 
Lagi?.
Saya : 
(Pandang Naqib tak paus hati.Bengang, banyak sangat Tanya.)
Naqib : 
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah aku tunjukan satu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?. Iaitu kamu beriman kepada allah dan rasulnya, serta kamu berjuang membela dan menegakan agama allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah lebih baik bagi kamu, jika hendak mengetahui (hakikat yang sebenar).Enta tak rasa apa yang enta buat ni semua untuk AGAMA enta ke?.
Saya : 
(Saya pandang lagi naqib saya, dengan riak ingin tahu.)
Naqib : 
Allah menjajikan di dalam surah As-ssaf ayat 10 dan 11 akan menyelamatkan hambanya dari pada azab seksa yang tidka terperi sakitnya dengan syarat kita beriman dengan allah dan rasulnya, serta kamu berjuang membela dan menegakan agama allah dengan harta benda dan jiwa kamu.FENDI TAK RASA KE APA YANG FENDI LAKUKAN INI SATU PERJUANGAN MENEGAKAN AGAMA ALLAH?.
Saya : 
(Saya tunduk memandang besi penghadang kaki lima masjid.). Cakap memanglah senang. (Dengan nada perlahan seolah-olah berbisik dengan diri sendiri).
Naqib : 
Sebab terlepas azab seksa pun bukan benda senang allah nak bagi pada manusia macam kita ni               yang dah banyak buat dosa. Allah beri ujian untuk mengikis dosa kita dan di gantikan dengan ganjaran yang besar untuk kita.Ingat Fendi jika nabi Muhamad S.A.W dulu penat di azab oleh Mushrikin Mekah dan baginda berehat nescaya cahaya islam tidak sampai kepada kita. Baginda terus berjuang habis-habisan sehingga kita kini dapat menikmati nikmat Iman dan Islam.
Saya : 
(Saya memandang Naqib penuh makna,terasa seperti nak peluk dan cium ja Naqib saya yang sorang ni.)
Naqib : 
Ok usrah kita malam ni sampai dekat sini ja.
Saya :
 Usrah?.
Naqib : 
Apa?. Enta ingat usrah tu mesti kena buat hari selasa, lepas tu duduk dalam bulatan sambil baca buku IGG je ke?.


P/S : Dedikasi khas buat sahabat-sahabat yang sedang kepenatan semoga nukilan picisan ini dapat membangkitkan kembali semangat kalian.    


Featured Post 7


Click here for Myspace Layouts

Featured Post 6

Labels

About