Featured Post 3


Thursday, December 27, 2012

~ Salam Imtihan ~



Subahanallah rindu sungguh hendak menulis-nulis dekat sini kan, walaupun tengah pening kepala menghadap Engineering Mathematics bab Fourier Series tapi di sebabkan terasa sangat rindu makanya kita curi sikit masa untuk mengucapkan salam Imtihan dekat sini. Sekejap je,tak lama.


 Kalau nak difikirkan susah memang semua subject susah, engineering study mana yang senang (walaupun tak sesusah medic tapi ianya tetap susah) cuba habaq mai. Insyaallah usaha + buat latihan + doa + Tawakal semuanya akan berjalan lancar.


Baru-baru ni ada dengar tazkirah daripada sahabat. Allah tak pandang pon keputusan kita tapi yang allah pandang macam mana usaha kita, Insyaalah setiap usaha kita yang di sertakan dgn niat kerananya bakal mendapat ganjaran yang setimpal.Itu wajib kita yakin.


Jadinya jika kita rasa pandangan manusia (kejayaan mendapat 4.00 flat) itu penting maka usahalah, bawalah segala toyol, hantu raya dan yang seumpama dengannya masuk ke dewan periksa. baca jampi serapah, buat mandi bungga dan tilik nasib asalkan dapat 4.00 flat tu. Tetapi jika kita rasa pandangan allah lebih penting, maka kejarlah keberkatan dari dia. Senyummmm...

p/s : Salam Imtihan semua, doakan segala urusan Penulis di pemudahkan.Amin. 



Tuesday, December 11, 2012

~ bersih ~



Kali terakhir Penulis mengemaskini blog ini adalah pada 15/11/12 pada Tahun Baru Islam yang lepas dan hari ini 12/11/12 hapir sebulan blog ni di biar tanpa di isi..MALAS gamak yer nak berfikir dan menulis..PENAT per say nya nak menekan-nekan papan kekunci ni..

Jadi walau tiada apa sangat yang Penulis nak sampaikan di sini sekurang-kurangnya hari ini Penulis dapatlah bersihkan sikit blog ni daripada sawang labah-labah.Mop sikit lantai daripada habuk-habuk hitam yang melekat. BERSIH!!..hehehehe..

Semoga pembersihan hari ini dapat mencetuskan entry yang lebih bermakna di kemudian hari nanti insyaallah..

P/s : Penulis selalu mengagumi novelis-novelis yang dapat menyentuh hati-hati pembaca dengan penulisanya. HATI segumpal darah yang sangat degil dan x degar cakap hanya allah yang mampu membolak-balikan hati dan mereka yag mampu menjetik hati manusia dengan sekadar menulis memang sangat hebat.Teringin menjadi seperti mereka. :)





Thursday, November 15, 2012

~Bunohan~



Hari ini tangan ku berbau hanyir lagi,
Hanyir darah semalam,
Tiada kelihatan di mata,
Akan tetapi darah itu masih nyata.

Puas sudah aku sucikannya,
Puas sudah aku jirusinya,
Namun bau itu tetap semerbaknya,
Tetap ia bukan di matamu.

Ketahuilah insan,
Air zam-zam ku capai,
Penuhnya cawan kuniatkan,
Agar hanyir darah itu pergi zahir dan batinnya.

Penyucian harus di lakukan,
agar hanyir bertuka baunya.

Air itu menyucikan hati nabi ku,
Air itu menyucikan hanyir tangan ku,
Air itu penawar luka ku.

Akan itupun ku sedar,
Hanyir itu akan kembali,
Pasti!! ia akan kembali,
Namun kehidupan tidak sama lagi,
Kerna kutinggalkan apa yang pergi.

P/s : salam ma'al hijrah buat semua dan tahniah juga buat BUNOHAN.. Filem itu ada berjuta interpretasi.. 

Wednesday, October 24, 2012

~Ayuh Berjuang~




Insyaallah berbekalkan sebatang pen,sebuah pemadam, kertas A4, bergelen-gelen Nescafe dan buku Engineering Mechanic Statics malam ini penulis akan bertempur hingga ke pagi esok.. Semoga segala urusan Midterm Penulis di permudahkan.. Amin.

P/s: Ayuh kita berjuang.. :)

Tuesday, October 23, 2012

~Dalam Tekanan~




Maaflah penulis dalam tekanan menghadapi mid term.. Maklumlah Study Last Minute Style (SLMS).. Tp dalam tekanan pon sempat jugak menyiapkan Montage di bawah... :) saje nak lepas geram..


Lagu kegemaran penulis (Sahaja aku mencintai mu)


Monday, October 8, 2012

~Ketenangan Itu Milik Siapa?~




Hidup ni tak kan sentiasa tersenyum,takan lah hari-hari kita akan gembira dan bersuka ria. Bila datang kedukaan tu kenapa kita akan lupa segala kegembiraan kita dan mula untuk beremosi sambil cakar-cakar badan ataupun hantuk-hantuk kepala dekat dinding?.

Entah Penulis sediri pun tak pasti kenapa manusia (Penulis juga manusia ya bukan Syaitan) senang sangat melupakan segala yang positive dan terjebak dalam pemikiran,perbuatan dan percakapan yang negetive. Dan dalam keadaan sebegini sunguh hati rasa sangat tak tenang walaupun orang cakap waktu-waktu (12.00AM sehingga 4.00AM) macam nilah waktu yang sangat tenag tanpa gangguan.Sebabtu para sahabat bangun pada sepertiga malam untuk beribadah kepada Allah sebab Waktu macam ni tenang.


Sudahnya selepas memaki hamun Buku Mechanic Statics R.C.Hibler sambil menghempas-hempas Cawan berisi Nescafe baru Penulis sedar ketenagan itu milik siapa.Bukan waktu yang menentukan ketenangan kita contohnya Mat rempit di jalanan yang dikejar Atok Polis waktu-waktu macam ni hati mereka tenang ke?. Bukan kemewahan yang menenangkan kita contohnya Pemilik kereta Porsche Cayman akan tidur dengan tenang ke bila Alarm kereta jiran berbunyi sepanjang malam?.

Tapi ketenagan itu datangnya jika kita pulangkan hati kita kepada Allah, ingat pada dia, berzikir pada dia, baca kalam dia, barulah hati kita akan tenang..

Penulis teringat kata-kata roommate Penulis "KALAU HIDUP SETAKAT HIDUP BABI PUN HIDUP JUGA".Apalah ertinya hidup seorang Khalifah tanpa dugaan kan?.Baru di cabut ketenagan dari hati sedikit sahaja kita dah mula mengelupoq maki-maki sana, hempas-hempas sini,serabut situ.Sudahnya Penulis rasa sangat kesal dengan jati diri Penulis yang tidak mencerminkan jawatan (khalifah) Penulis di muka bumi ni. Malu ja dengan Babi yang tetap hidup tu..

P/s: Sabar itu sebahagian daripada Iman.. :)


Saturday, October 6, 2012

~Cinta Pertama~

Dalam kecamukan membuat Assignment sambil mendegar dua tiga lagu dari Player Winamp, tiba-tiba Penulis di serbu dengan satu ingtan yang sememangnya Penulis usaha untuk lupakan.Memori silam yang telah penulis klasifikasikan sebagai sejarah hitam, yang sebolehnya penulis usahakan untuk buang jauh-jauh dalam ingatan..

Bukan untuk menidakan sejarah tersebut yang pernah hadir dulu.Cuma Penulis sering kesal dengan jati diri Penulis ketika itu yang mungkin ada antaranya Penulis ikut macam dalam drama petang-petang di TV (SENYUM). Tapi sunguhlah apa yang orang kata First Love Never Dies..Sebab itu sejauh mana Penulis cuba lupa memori tersebut lambat laun memori itu akan datang semula.. 


Haiiii...alangkah seronoknya jika cinta pertama penulis ketika itu ialah Rasulullah nescaya sampai sekarang Penulis akan berjalan mendada sambil mengangkat hidung tinggi kelangit sambil berteriak "cinta pertama aku ialah Rasulluallah".. BANGGA!!!

P/s : Hidup sebagai seorang Mahasiswa banyak bezanya dengan hidup sebagai seorang Pelajar. 





~Alam Maya Aku Kembali~



Alhamdulillah..Hampir sebulan gagal mengekses ke internet akhirnya hari ini semuanya kembali kepada sedia kala.Rasa macam nak bunuh diri (ALAMAK) bila semua cerita-cerita yang nak di letakan di dalam blog iniberlalu pergi seiring dengan berlalu perginya masa sebulan tu.

Tapi daripada dibiarkan blog ni berhabuk tampa entri baiklah Penulis mengasah sedikit mata pensil penulis yang kian tumpul dek kemalsan untuk berfikir+menulis..

Alhamdulillah sebulan berlalu di bumi Perlis ini tanpa sebarang rasa Home Sicks atau sebrang tekanan perasaan yang lain..Demam seminggu bukan sebab rindu pada Mak atau Abah di Johor tapi dek kerana cuaca Perlis yang menggila.. :) (senyum lebar)..

Anyway segalanya berjalan dengan lancar di Perlis..Alhamdulillah allah pemudahkan semuanya..heheh begitulah kuatnya lafaz bismillah hi tawakl tu 'alallah..Sungguh lafaz itu sunguh bermakna buat Penulis sekarang..

P/s : (...)

Tuesday, September 25, 2012

~Tertekan??.Mungkin..~



Kesukaran mendapatkan nota, pengunaa internet yang terhad dan tidak lupa cuaca PERLIS yang ganas mungkin menyebabkan Penulis rasa sangat tertekan... URGH..

Thursday, July 26, 2012

~ Finally It's A Journey ~



Bermula dengan membaca buku Ustaz Hasrizal yg bertajuk 'SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH' Penulis mula menyimpan angan-angan untuk memiliki sebuah kembara.Kembara yang di dalamnya Penulis dapat melihat keperitan dan kejerihan melangsungkan hidup berjauhan dengan yang tercinta.

Penulis sentiasa berangan-angan untuk mengemudi kehidupan Penulis sendiri. Mengatur kewangan Penulis sendiri. Membuat keputusan Penulis sendiri. Tanpa perlu pulang ke Skudai untuk mendapatkan nasihat dan kata dua dari keluarga. Sememangnya bukan untuk menidakan keluarga tercinta tetapi Penulis mahukannya SENDIRI.

Ya Penulis sedang teruja untuk melakukan kesilapan. Penulis hendak tahu apakah keperitan dan perubahan yang akan Penulis lalui selepas kesilapan itu.Ya Penulis Gairah untuk mengetahui apakah pengajaran dan pelajaran di sebalik kesilapan itu. Penulis hendak tahu apakah perubahanya nanti kepada diri Penulis.

'IT IS AN EVOLUTION'

Salahkah jika Penulis katakan bahawa Penulis tidak sabar untuk berjauhan?. Melihat bumi orang dengan kaca mata Penulis sendiri?.. Tanah mereka dan Tanah Penulis samakah?.. Hujan mereka dan Hujan Penulis sewarnakah?.. Hati mereka dan hati penulis sejiwakah?..

Sumpah Penulis tidak akan bazirkan walau sesaat pun masa kembara Penulis di sana nati kerana satu saat disana bersamaan dengan satu Jam keperitan buat mereka yang akan merindui..

P/S : Dedikasi buat Ustaz Hasrizal, Hlovate dan Iman. CATATAN KEMBARA KALIAN INSPIRASI PENULIS.  

Saturday, June 16, 2012

~Cahaya itu milik siapa??~





Kadang-kadang aku dapat merasa,
Kehadiran cahaya,
Hangat..Selesa..Selamat..Harapan,
Ia datang dan pergi.

Hermmm..
Pergi..
Terkadang ia datang kembali,
Tetapi kebiasaanya tak kan kembali,
Cahaya itu pergi meninggalkan diri.

Gelap..suram..basah..lembab,
TIDAKKKKKKKK...
Aku merayu chahaya datang kembali,
Sepi..Sedih..kecewa..air mata..
JANGANNNNNNN...cahaya datang sini.

Siapa tuan mu cahaya??,
Aku perlukan mu,
KEMBALI lah.......

P/s: tuan pemilik chaya,penulis merayu, berlutut, tolonglah brikan cahaya milik tuan kepada penulis..Selamanya..

Thursday, May 31, 2012

-Senja Merah-



Senja merah mengufuk lagi,
Meninggalkan sisa perjuangan pagi,
Senja merah mengufuk lagi,
Meninggalkan sisa hari berbaki.

Senja merah mengufuk lagi,
Meninggalkan malam hinggar sendiri,
Senja merah mengufuk lagi,
Meninggalkan aku terkapai sendiri.

P/s: Penulis dalam mood sai-fi habis....😊😊😊

Saturday, May 19, 2012

~Yang Mana Satu Yang Betul??i~



Kita berhutang budi kah???,
Atau,
Kita terhutang budi????,

Cuba di analisis dua perkataan ini TERHUTAN dan BERHUTANG.Kedua-duanya hadir dari kata akar yang sama, Iaitu Hutang, yang membezakan dua perkataan itu hanyalah imbuhan TER dan BER.

Terhutang

kebiasaany imbuhan TER di letakan pada perbuatan yang tidak kita sengajakan seperti contoh "pinggan tersebut Terlepas dari genggaman saya" yang membawa maksud si pembawa pinggan dengan tidak sengaja telah menjatuhkan pinggan yang berada di dalam gengamannya..

Berhutang

Manakal bagi imbuhan BER pula di letakan pada perbuatan yang telah di ketahui tujuanya seperti contoh "saya telah belayar ke mesir" yang membawa maksud si pelayar telah pun sedia maklum yang dia telah ataupun sedang belayar ke mesir.

Dalam situasi kita sekarang ini frasa mana yang lebih sesuai denagn keadaan kitasebagai hambanya?? Kita terhutang atau kita berhutan?? Bagi pendapat penulis semestinya kita berhutang dengan allah s.w.t. Janagn bongkak wahai manusia memang banyak yang kiat hutang dengan yang maha esa.

Sekarang penulis nak tanya pada anda semua untuk memiliki jentera canggih Honda Jaz Hybrid anda memerlukan sekurang-kurangya RM 90,000+++ bukan?tetapi berapa kah harga yang anda bayar untuk memiliki jentera secangih tubuh anda???..bukankah bayaran pemulaanya hanya sekadar pertemuan sperma dan ovum yang sememangnya percuma.. Itu belum lagi dikira dengan oksigen yang kiat sedut hari-hari, air yang allah limpahkan berjuta-juta galen setiap hari di muka bumi,bercakap,mendengar, inisemua allah bagi pecuma tanpa meminta wang ringgit...

Tapi kenapa sukar untuk kita sedar yang kita harus patuh dan tunduk dengan arahanya.. Bukan kah itu tangungjawab yang perlu kita laksanakan pada dia???.. Sama juga macam kita bekerja bukan, majikan akan bagi kita gaji bulanan oleh itu sebagai pekerja kita wajib mengikut arahan si majikan..sama juga, allah limpahkan kita dengan bermacam-macam nikmat secara percuma dang sebagai penerima segaala nikmat itu kita wajiblah ikut arahanya..kan??..

Tapi kita masih lagi bongkak,sombong dan angkauh berjalan di atas muka buminya sambil bermegah-megah dengan dosa yang di pikul di bahu..sungguh penulis tak paham dengan kaum kita..



P/s: sunguh penulis kecewa dengan diri penulis sendiri 😒😒😒😒😒
Sekali lagi penulis ucapkan tq pada i-pad milik akak..so penulis bebas untuk berbloging di mana sahaja penulis berada...

Thursday, May 17, 2012

- Tolonglah Berhenti Berfikir -



Tolonglah berhenti berfikir,
Tolonglah beri ketenangan pada diri,
Tolonglah tinggalkan aku sendiri,
Tolonglah jangan kau injaki hati ini lagi.

 Tidak kau tahu rasanya,
Tidak kau duga jiwanya,
Tidak kau pasti tafsiranya,
Walau kau meminta dan terus meminta lagi.

 Ahhhhhh...
 Tolonglah berhenti berfikir,
Penat mendepani semua ini,
Tidak bolehkah aku berjalan sendiri,
Kaki melangkah mengikut rasa,
Tangan terangkat tanpa di paksa,
Mulut bergerak tanpa di duga,
Hati tenang menuntun rasa.

 Aku perlukan istirehat yang paaaaaaannnnnjanggggggggg..

Tolonglah berhenti berfikir lagi...

 P/s : Percubaan pertama penulis mengunakan I-Pad milik kakak memandangkan brodband penulis yang dah kondem minta di tukar..Bolehkah manusia berhenti berfikir?? Soalan yang cukup bodoh tidak releven untuk di jawap.. :p just a random poem in a midnight gaze.. :)

Wednesday, April 25, 2012

-Charging The Battery Of Life-



Seperti yang penulis sebutkan awal tadi, kini penulis sedar yang penulis kurang mencari pengisian untuk mengecas bateri kehidupan lantas sewaktu melakukan aktiviti blogwalking penulis telah terjumpa beberapa blog yang telah berjaya mengecas semula bateri kehidupan penulis.

  1. http://imaaninvaders.blogspot.com
  2. http://orkedkhaled.blogspot.com
  3. http://hakimmuslim1412.blogspot.com
  4. http://allahseeker.blogspot.com

Selamat melawat blog-blog di atas ya.. Juga Selamat berimtihan..


P/S: Jika anda rasakan ada penmbahan boleh post link blog tersebut di ruangan comment ya.



-Now Charging-


Allhamdulillah setelah lama meninggalkan laman ini akhirnya penulis kembali menghadap laman sesawang yang sememangnya menjadi kegilaan penulis satu ketika dulu tapi akhirnya kecundang entah kemana. Kalau di hitung-hitung dengan jari tahun ni baru dua entry yang penulis buat. Tidaklah sesibuk mana cuma penulis banyak beralasan sikit nak buka blog ni..

Semalam usai sahaja solat Zohor penulis sedar yang semenjak dua menjak ni penulis bermasalah dengan tarbiah diri penulis. A moment of reflection selepas doa yang di panjatkan terhadap yang maha esa, terpacul lah beberapa masalah yang telah berjaya di kenalpasti:-

  1. Penulis dapati lately agak sukar untuk penulis istiqamah dalam solat jemaah.
  2.  Banyak sangat buang masa depan Lapy kalau tak main The Sim 3 atau Rulers Of The Nation penulis akan Online FB atau Youtube.
  3. Lately ini juga penulis banyak tertinggal bacaan al-ma'thurat sama ada pagi atau petang.
  4. Then penulis dah jarang nak tadarus macam dulu apatah lagi nak baca tafsir.

Jadinya penulis pun mula berfikir kemana masa 24 jam yang allah anugerahkan pada penulis?. Apa ja yang telah penulis lakukan dalam masa itu?. Again a moment of reflection after a few sigh and pfttt penulis dapati :-
  1. Penulis semakin kurang disiplin.
  2. Penulis banyak buang masa.
  3. Penulis semakin kurang pengisian yang boleh recharge battery kehidupan penulis.  
Selepas muhasabah yang di lakukan tersebut penulis baru tersedar yang penulis sebenarnya perlu changed for good (pinjam ayat hlovate). Dalam kepala otak ni keep on repeating "disiplin...disiplin dan disiplin". 



P/S: Sewaktu menantikan ketibaan waktu zohor (cewah!!) penulis pon sakan la membaca Novel aA + bB oleh Hlovate lalu penulis perasan seorang demi seorang jemaah yang datang di masjid tersebut pandang penulis semacam ja. Pada mulanya penulis buat tak kesah ja tapi akhirnya penulis tewas juga lalu beredar menuju ke kereta.Sewaktu penulis menghidupkan enjin kerete penulis terfikir salahkah penulis beri'tikaf di masjid sambil membaca novel?. tiba-tiba penulis teringat kata-kata saudara syam kamikaze supaya kita tidak menghiraukan pandangan makhluk tetapi lebih mengutamakan pandangan yang maha pencipta.. Sambil tekan clutch penulis tersenyum sendiri sebelum beredar. [^_^] 



Friday, February 3, 2012

~HURM~


Sedang Khusyuk membaca blog rakan-rakan, langsung penulis tersedar bahawa semua entry penulis banyak merepek dan merapu kan?. Bercerita tentang peribadi penulis seolah-olah penulis Hifiz AF 7 baru menang Anugerah Juara Lagu (AJL 26). 

HERMMM....

Sedang penulis melayari blog-blog berikut penulis rasa seolah-olah sedang ditarbiah (rasa macam kita dekat kuliah Ustaz tu.). Tapi bila baca balik Blog penulis macam tidak ada apa-apa in put pun. HURMMM.


P/s : Penulis terfikir untuk delete blog ni la :) Jemputlah ke blog berikut 





Tuesday, January 31, 2012

-MASALAH-




Alhamdulillah, secoret rasa di tahun 2012 memulakan bicara blog yang sudah lama bungkus ini, tiada ucapan tahun baru tetapi hadir dengan seribu masalah pula (kihkihkih). Sengaja hendak pembaca sama-sama pening dengan penulis.

Bukan tiada niat nak menulis, idea memang datang mencurah, lebih-lebih lagi bila penulis berada di luar, tetapi apabila sampai sahaja di hadapan Koputer riba, semua idea terus hilang tak mahu nak keluar. Teruk bukan?.

Alhamdulillah, dek kerana Baucer satu Malaysia yang penulis dapat akhirnya tercetus satu idea. Mulai hari ini, saat ini penulis akan bawa buku tulis dan pen bila penulis keluar nanti.Dapat sahaja Idea akan penulis catit terlebih dahulu. Baru lah idea tidak lari di kejar nanti. HERM Bijak,Bijak.. :)


P/S : Penulis rasa mereka yang menjual baucer buku satu Malaysia dan menukarnya dalam bentuk wang bukanlah rakyat Malaysia yang berwawasan 2020..

Featured Post 7


Click here for Myspace Layouts

Featured Post 6

Labels

About