Featured Post 3


Thursday, January 10, 2013

~ Mengeluh ~




Hari ini Penulis tersentak dengan satu hujah daripada roommate Penulis.Malam ni topic perbualan kami tentang FB yang kini menjadi fenomena ramai.Bukan sahaja dari akalangan remaja malahan FB juga kini digunakan oleh banyak Pihak (Tidak perlu Penulis sebut kita semua sedar tentang fenomena ini). Makanya roommate Penulis pun berceritalah tentang kawanya yang kini sedang belajar di UKM. Rommate Penulis ni cakap kawan dia tidak penah mengeluh di FB tetantang bertapa susahnya belajar di UKM dan yang pasti sehebatmana pun kita, belajar (lebih-lebih lagi subject engineering dan seangkatan dengannya) di University tidak ada yang mudah. Sambil menjeling dekat Penulis dia pun cakap "Aku taklah mengata dekat kau tapi ni cerita betul".

Ia Penulis terdiam dan berfikir sejenak,kenapa penulis mengeluh itu dan ini di FB?. Nak release tension mungkin Jawab penulis sendiri. Jadi betul kah dengan mengomel di FB boleh hilang tekanan?. Hermm,tak jugaSo?. Sekurang-kurangnya aku luahkan daripada pendam.Lepastu?. yelah bila da tulis dekat wall mestilah ada orang baca..coment..coment..like..like..bagi kata perangsang.Apa kesanya pada diri kau? dan yang paling penting apa kesanya pada orang yang baca,yang like,yang coment dan yang simpati?.

Well after a few minutes of though Penulis rasa penulis jumpa jawapanya.Nampaknya Penulis macam sudah makin hilang arah dalam ber FB.Pada Tahun 2011 Penulis berazam untuk mengunakan medium sosial sebaiknya untuk memberi inspirasi kepada rakan-rakan sekeliling dan bukan untuk bersosial dan mengadu dumba dan dari situlah tercetusnya idea untuk menulis Blog ini dengan harapan tulisan dan cerita yang Penulis isikan di dalam Blog ini akan dijadikan Tauladan dan Sempadan.Hiya Penulis rasa Penulis dah salah tempat mengadu la.


Sekejap sahaja sudah dua tahun berlalu dan banyak benda yang telah berubah termasuk diri Penulis, tersedar dalam LEKA.Insyaallah masih belum terlambat untuk mengukuhkan semula beberapa perinsip Penulis yang kian goyah kerana LEKA.Banyak sangat ponteng usrah tu yang jadi lagu ni. :p

Tetapi di sebalik kesedaran Penulis tentang kelalaian Penulis di FB,Penulis juga sedar satu benda yang baik tentang FB (sebenarnya ada banyak).FB ini merupakan satu medium yang baik kepada anak muda untuk melatih mereka MELIAHAT,MEMBACA,BERFIKIR dan MENULIS denagn cara ini sedikit sebanyak ianya dapa membantu pemikiran anak muda berkembang dan Peka dengan keadaan sekeliling.Bukankah begitu?. senyum.

P/s: Muhasabah depan buku Manufacturing Engineering and Technology dah tak larat nak baca dah.. Satu lagi ribut tropika Sonamu dikatakan sedang membadai Pantai Timur Semenanjung Malaysia tidak melanda Johor tetapi ianya hampir.Semoga tiada kemalangan Jiwa tidak kiralah dekat mana-mana pun .Amin.



2 comments:

  1. setuju sangat fendi. dah tua-tua ni rasa nak kurangkan mengeluh di laman sosial. fb dah kurang dah. twitter je susah sikit. hehe.

    ReplyDelete

Featured Post 7


Click here for Myspace Layouts

Featured Post 6

Labels

About