Featured Post 3


Tuesday, December 10, 2013

~Salam ingatan~


Dah lama dah Penulis nak update blog Penulis, tp apa kan daya seperti mana yg kalian sedia maklum blog Penulis terus terusan sepi x berpenghuni kan..

Walaumacam manapun Penulis akan cuba usahakan juga untuk menulis di laman ini ya.. Insyaallah coretan mini ini akan menjadi pencetus kepada coretan bersekala 1:1 nanti..

P/s : tahniah buat semua yang bertungkus lumus membantu mangsa banjir di Pahang danTerengganu BN dan PR masing-masing buat yang terbaik untuk rakyat (walaupun tok pancing undi) manfaatnya dpt dekat rakyat juga jgn takut nak berdemokrasi lagi..


Tuesday, October 1, 2013

~Yang Baru atau Masih Lama?.~



Jangan tanya kenapa?, sebab Penulis pon tak tahu kenapa. Jangan tanya apa?, sbb penulis sendiri masih mencari apa dimana.Bila mereka di sekeliling kita berubah lalu penulis rasakan sepatutnya penulis juga patut berubah tapi terasa hati semakin membatu teruk (teghok bak kata Orang Utara).

Terkadang terasa sangat "ANNOYING" dengan semua orang, rasa macam mereka salah dan Penulis sahaja yang betul dan bila fikir semula terasa kejahilan semakin menebal dalam diri Penulis. Terkadang Penulis dapat merasakan yang Tuhan semakin menjauhi Penulis, jika dulu terasa tuhan sering rapat dan dekat sekarang berbeza.

AYUH...AYUH...AYUH...
Penulis sering mendakwa mereka yang di sekeliling Penulis bersikap "judgmental" terhadap Penulis tanpa Penulis sedar yang Penulis turut menghukum mereka. "Aku berbeza", "ish macam kau  bagus" adalah bisikan-bisikan yang Penulis jadikan sebagai PELINDUNG diri tanpa Penulis sedar yang bisikan itu datang dari Syaitan yang sekaran ni dah ketawa sampai terkencing-kencing lihat keadaan semasa Penulis.

I've learned a lot and at the same time I've been hurt too much, semuanya adalah hukuman dari Tuhan yang selayaknya Penulis terima atas dosa besar yang Penulis lakukan terhadap yang Esa. What should I do?.

P/s : Sedang terseksa,selamanya akan terseksa. Mana kawan yang dulunya sentiasa ada bersama? ak perlukan kau tahu?.

Monday, September 30, 2013

~ Lembah Hitam ~



Dari luar lembah itu menarik pandang,
Memanggil-mangil akan aku,
Hati kecil ini senantiasa berbisik-bisik,
"lembah itu lembah gelap,bahaya!",
Bisiknya lagi,
"Apa yang ada didalam?semuanya gelap. Bahaya! ".

Kotak fikir berputar laju,
Berpusing-pusing ligatnya,
"Apa mungkin aku kan tahu?",
Fikirnya,
"Jika aku terus disini?".

Hati kecil atau kotak fikir?,
Aku? Aku?,
Ya aku, aku harus memilih,
Hanya satu,
Mustahil keduanya,
Hanya satu.

Kotak fikir kurasa betul,
Hati kecil kurasa ragu,
Aku harus tahu,
Ya aku harus tahu.

Akhirnya aku masuk,
Ya disitu,
Lembah itu.



P/s : ketika penulis masuk ke lembah itu, penulis rasa ragu. Tapi apakan daya jalan masuk tak semenarik jalan keluar. Hanya mampu berdoa agar ketemu jalan keluar.

Saturday, May 4, 2013

~ Nekad Muktamad ~

Aku akan terus meludah,
Aku akan terus berpindah,
Aku akan terus menulis,
Aku akan terus menepis,
Aku akan terus di pentas,
Aku akan terus mencoba,
Aku akan terus berkarya.

Kau akan meraung,
Kau akan tersunggung,
Kau akan termenung,
Kau akan melopong,
Kau akan meradang,
Kau akan di tendang,
Kau akan mengerang,
Kau aka menangis malam dan siang,
Kau akan kecundang.

Kau jgn risau.
Hati ini bersarang kebencian.
Hari ini aku nekad.

22 April 08
1.53
Bogel Menuju Tuhan,
M/s 6

~ Selamat Pagi Kuala Lumpur ~

Assalamualikum, sepatutnya berada di Johor menunaikan tanggungjawab terhadap Negara tercinta namun kaki melangkah ke kotaraya Kuala Lumpur.



Friday, May 3, 2013

~ Bumi Perlis Aku Tinggalkan ~

Assalamulaikum, Hari ini dgn sepenuh hati Penulis tinggalkan bumi perlis. Sungguh Penulis tautkan sekuat-kuat hati Penulis terhadap perjalanan ini. Tak tahu kenapa. Tetapi perjalanan ini se akan-akan sungguh bermakna.



Monday, April 22, 2013

~ Bawah Tempurung ~

Bila kita duduk di bawah tempurung bersama Talifon pintar dan enggan keluar dari tempurung tersebut maka percayalah

"THE PHONE IS THERE REMAIN SMART BUT WE ARE DUMB"

En Zulkifli Abd Rashid
Pensyarah Kanan UniMAP

P/s : Jadi di mana kita?. Dalam atau luar tempurung?.

Wednesday, April 17, 2013

~ Kuala Lumpur International Book Fair ~

Merujuk perkara di atas,

Insyaallah dengan ketentuanya atas segala urusan di dunia Penulis akan kembali ke Pesta Buku Antara Bangsa KL 2013.

Kali ini berbeda, sungguh, banyak yang perlu Penulis korbankan, banyak yang perlu Penulis nilaikan.Jujur memang banyak halangan.

Tapi,
Membujur lalu melintang patah,
Belum cuba, belum tahu kan?.

P/s : insyaallah doakan segalanya berjalan lancar.Amin.



Tuesday, April 9, 2013

~Kenangan seumur hidup~

Moment bertukar menjadi memory,
Memory menjadi kenangan,
Kenangan menjadi sejarah.

Masa berlalu 3 tahun sngt pantas.

Sunday, April 7, 2013

~ Cahaya ~

Ia mustahil akan ku lupakan,
Cahaya panas,
Hangat menyenagkan.

Sudah lama terlepas dari genggaman.



Friday, January 11, 2013

~ Pilihan ~


 Alhamdulillah hari ni macam di permudahkan sedikit urusan Penulis tidak seperti hari-hari lepas yang kurang prodaktif.Maka usai selesai menelaah dua bab daripada subject Materials untuk exam hari sabtu nanti Penulis terdetik untuk berkongsikan perihal ini.


Ia hidup ini memang banyak pilihan yang perlu di lakukan,sangat banyak sampaikan kadangkala kita membuat pilihan tanpa berfikir panjang.Dek kerana kekecewaan kita pada pilihan yang gagal lantas kita menyerahkan bulat-bulat pilihan yang seterusnya kepada TAKDIR dengan nada penuh kesal dan putus asa.

Penulis berfikir panjang apabila roommate Penulis mngadu tentang pilihan yang ada buatnya sekarang dan yang paling Penulis berasa jengkel apabila pilihan yang dipersoalkan itu melibatkan masa hadapan dia.Bgaimana anda boleh cepat mengalah dengan pilihan yang telah anda buat dengan penuh keyakinan pada awalnya tetapi kerana halangan yang hadir anda merubah Pilihan yang dilakukan.Bagaimana anda boleh berexperimentasi dengan masa hadapan anda.Apa sememangnya masa hadapan ini sekadar cuba dan jaya kah?.Kalau gagal lalu apa?.Ubah Pilihan?.  Maaf dik anda tidak tetap pendirian.

Tapi jauh di sudut hati Penulis sebenarnya Penulis faham masalah yang dihadapi oleh roommate Penulis. Dia sekadar tertekan dengan keadaan semasa dan tidak bermaksud untuk mengalah kerana Penulis dapat lihat wawasan yang cuba dibawa olehya. 

Mungkin juga kerana Penulis tiada Pilihan lalu Penulis bertekad untuk meneruskan pilihan Penulis sehingga ke akhirnya bak kata orang putih Do or Die.Tetapi secara jujurnya Penulis rasakan bahwa sememangnya Roommate Penulis mempunyai peluang yang banyak.Hati-hati pilih peluang Dik kerana peluang itu tidak datang bergolek ianya datang dengan pertukaran.

P/s : Matang bukan dinilai dengan perbuatan mahupun umur tetapi matang itu di nilai dengan pemikirannya. Umur hanya sekadar nombor dan tidak berkait langsung dengan kematangan. 


Thursday, January 10, 2013




Di situ aku berdiri,
Sendiri,
Hening malam yang tiada pengganti,
Ku nikmati dengan harapan ianya tidak akan pergi.

Bila siang menjelma mengganti,
Lantas aku pergi mencari perlindungang diri,
Duduk di atas kerusi,
Masih lagi sendiri.

Mentari rapat menyinar,
Allah bahang, berlengas,
Aku sulam jari jemari,
Menanti dengan pasti,
Bahawa hening malam itu kan pasti kembali.



P/s: Bercinta di malam hari senhingga gagal mensyukuri nikmat siang hari.

~ Mengeluh ~




Hari ini Penulis tersentak dengan satu hujah daripada roommate Penulis.Malam ni topic perbualan kami tentang FB yang kini menjadi fenomena ramai.Bukan sahaja dari akalangan remaja malahan FB juga kini digunakan oleh banyak Pihak (Tidak perlu Penulis sebut kita semua sedar tentang fenomena ini). Makanya roommate Penulis pun berceritalah tentang kawanya yang kini sedang belajar di UKM. Rommate Penulis ni cakap kawan dia tidak penah mengeluh di FB tetantang bertapa susahnya belajar di UKM dan yang pasti sehebatmana pun kita, belajar (lebih-lebih lagi subject engineering dan seangkatan dengannya) di University tidak ada yang mudah. Sambil menjeling dekat Penulis dia pun cakap "Aku taklah mengata dekat kau tapi ni cerita betul".

Ia Penulis terdiam dan berfikir sejenak,kenapa penulis mengeluh itu dan ini di FB?. Nak release tension mungkin Jawab penulis sendiri. Jadi betul kah dengan mengomel di FB boleh hilang tekanan?. Hermm,tak jugaSo?. Sekurang-kurangnya aku luahkan daripada pendam.Lepastu?. yelah bila da tulis dekat wall mestilah ada orang baca..coment..coment..like..like..bagi kata perangsang.Apa kesanya pada diri kau? dan yang paling penting apa kesanya pada orang yang baca,yang like,yang coment dan yang simpati?.

Well after a few minutes of though Penulis rasa penulis jumpa jawapanya.Nampaknya Penulis macam sudah makin hilang arah dalam ber FB.Pada Tahun 2011 Penulis berazam untuk mengunakan medium sosial sebaiknya untuk memberi inspirasi kepada rakan-rakan sekeliling dan bukan untuk bersosial dan mengadu dumba dan dari situlah tercetusnya idea untuk menulis Blog ini dengan harapan tulisan dan cerita yang Penulis isikan di dalam Blog ini akan dijadikan Tauladan dan Sempadan.Hiya Penulis rasa Penulis dah salah tempat mengadu la.


Sekejap sahaja sudah dua tahun berlalu dan banyak benda yang telah berubah termasuk diri Penulis, tersedar dalam LEKA.Insyaallah masih belum terlambat untuk mengukuhkan semula beberapa perinsip Penulis yang kian goyah kerana LEKA.Banyak sangat ponteng usrah tu yang jadi lagu ni. :p

Tetapi di sebalik kesedaran Penulis tentang kelalaian Penulis di FB,Penulis juga sedar satu benda yang baik tentang FB (sebenarnya ada banyak).FB ini merupakan satu medium yang baik kepada anak muda untuk melatih mereka MELIAHAT,MEMBACA,BERFIKIR dan MENULIS denagn cara ini sedikit sebanyak ianya dapa membantu pemikiran anak muda berkembang dan Peka dengan keadaan sekeliling.Bukankah begitu?. senyum.

P/s: Muhasabah depan buku Manufacturing Engineering and Technology dah tak larat nak baca dah.. Satu lagi ribut tropika Sonamu dikatakan sedang membadai Pantai Timur Semenanjung Malaysia tidak melanda Johor tetapi ianya hampir.Semoga tiada kemalangan Jiwa tidak kiralah dekat mana-mana pun .Amin.



Tuesday, January 8, 2013

~ Pesta Buku ~



Sekali lagi Penulis mencuri masa untuk megemaskini Blog.Kalau sebelum ni Penulis curi daripada Engineering Mathematics kali ni  penulis curi pula daripada Engineering Mechanics Statics.Bukan apa rasa macam tidak Productive pula petang-petang ni. Rasa malas bercampur penat seakan sebati waktu petang-petang macam ni kan?..



Anyway berbalik kepada tajuk di atas, Penulis memang seorang pencinta buku.Sejak diperkenalkan dengan Pesta buku pada tahun 2009 oleh Saudara Mirzan penulis jarang sekali gagal untuk ke pesta itu tidak kiralah dimana Pun Pesta tersebut di adakan. Kalau Penulis nak gambarkan dalam bentuk equation Ianya akan jadi seperti dibawah :-
FR = Sum of F
so
Book Fair = Haven on Earth
:)

Makanya Roommate Penulis yang juga pencinta buku Saudara Al-Wafi telah bersetuju untuk membawa Penulis ke Pesta penghabisan Stok di dataran Dato' Syekh Ahmad,dengan bermisikan untuk memburu dua buku iaitu Dihamparan Shamrock Ku Seru Nama Mu oleh Ustaz Hasrizal dan juga Hero Oleh Hilal Asyraf penulis gagahkan juga mengeluarkan RM100 daripada bank dan menekan butang tidak untuk resit kerana penulis enggan melihat baki duit yang kian menyusut. 



Akhirnya buku-buku di atas di beli dengan harga RM 97.70.Huh berjenuh juga menahan nafsu daripada memborong lebih dari RM 100. Walaubagaimanapun misi-misi penulis gagal kerana rupanya buku-buku yang dijual ini bukanlah buku-buku terbaru di pasaran,sedih juga sebab terpaksalah tunggu balik ke Johor untuk beli Buku Hilal dan Ustaz Hasrizal.Insyaallah buku yang ada ni cukuplah bertahan selama sebulan cuti semester nanti tidaklah Penulis membuang masa dengan benda-benda tidak berfaedah berfaedah nanti.

P/s : Penulis dah hebahkan akan balik pada 14 Januari nanti supaya kalau ada program-program kampus atau program lain dapat diberitahu dengan lebih awal. Insyaallah hadir.Juga tidak sabar nak menantikan Pesta Buku Antara Bangsa Kuala Lumpur March depan :).


Featured Post 7


Click here for Myspace Layouts

Featured Post 6

Labels

About