Sekali lagi Penulis mencuri masa untuk megemaskini Blog.Kalau sebelum ni Penulis curi daripada Engineering Mathematics kali ni penulis curi pula daripada Engineering Mechanics Statics.Bukan apa rasa macam tidak Productive pula petang-petang ni. Rasa malas bercampur penat seakan sebati waktu petang-petang macam ni kan?..
Anyway berbalik kepada tajuk di atas, Penulis memang seorang pencinta buku.Sejak diperkenalkan dengan Pesta buku pada tahun 2009 oleh Saudara Mirzan penulis jarang sekali gagal untuk ke pesta itu tidak kiralah dimana Pun Pesta tersebut di adakan. Kalau Penulis nak gambarkan dalam bentuk equation Ianya akan jadi seperti dibawah :-
FR = Sum of F
so
Book Fair = Haven on Earth
:)
Makanya Roommate Penulis yang juga pencinta buku Saudara Al-Wafi telah bersetuju untuk membawa Penulis ke Pesta penghabisan Stok di dataran Dato' Syekh Ahmad,dengan bermisikan untuk memburu dua buku iaitu Dihamparan Shamrock Ku Seru Nama Mu oleh Ustaz Hasrizal dan juga Hero Oleh Hilal Asyraf penulis gagahkan juga mengeluarkan RM100 daripada bank dan menekan butang tidak untuk resit kerana penulis enggan melihat baki duit yang kian menyusut.
Akhirnya buku-buku di atas di beli dengan harga RM 97.70.Huh berjenuh juga menahan nafsu daripada memborong lebih dari RM 100. Walaubagaimanapun misi-misi penulis gagal kerana rupanya buku-buku yang dijual ini bukanlah buku-buku terbaru di pasaran,sedih juga sebab terpaksalah tunggu balik ke Johor untuk beli Buku Hilal dan Ustaz Hasrizal.Insyaallah buku yang ada ni cukuplah bertahan selama sebulan cuti semester nanti tidaklah Penulis membuang masa dengan benda-benda tidak berfaedah berfaedah nanti.
P/s : Penulis dah hebahkan akan balik pada 14 Januari nanti supaya kalau ada program-program kampus atau program lain dapat diberitahu dengan lebih awal. Insyaallah hadir.Juga tidak sabar nak menantikan Pesta Buku Antara Bangsa Kuala Lumpur March depan :).


No comments:
Post a Comment