Allhamdulillah setelah lama meninggalkan laman ini akhirnya penulis kembali menghadap laman sesawang yang sememangnya menjadi kegilaan penulis satu ketika dulu tapi akhirnya kecundang entah kemana. Kalau di hitung-hitung dengan jari tahun ni baru dua entry yang penulis buat. Tidaklah sesibuk mana cuma penulis banyak beralasan sikit nak buka blog ni..
Semalam usai sahaja solat Zohor penulis sedar yang semenjak dua menjak ni penulis bermasalah dengan tarbiah diri penulis. A moment of reflection selepas doa yang di panjatkan terhadap yang maha esa, terpacul lah beberapa masalah yang telah berjaya di kenalpasti:-
- Penulis dapati lately agak sukar untuk penulis istiqamah dalam solat jemaah.
- Banyak sangat buang masa depan Lapy kalau tak main The Sim 3 atau Rulers Of The Nation penulis akan Online FB atau Youtube.
- Lately ini juga penulis banyak tertinggal bacaan al-ma'thurat sama ada pagi atau petang.
- Then penulis dah jarang nak tadarus macam dulu apatah lagi nak baca tafsir.
Jadinya penulis pun mula berfikir kemana masa 24 jam yang allah anugerahkan pada penulis?. Apa ja yang telah penulis lakukan dalam masa itu?. Again a moment of reflection after a few sigh and pfttt penulis dapati :-
- Penulis semakin kurang disiplin.
- Penulis banyak buang masa.
- Penulis semakin kurang pengisian yang boleh recharge battery kehidupan penulis.
Selepas muhasabah yang di lakukan tersebut penulis baru tersedar yang penulis sebenarnya perlu
changed for good (pinjam ayat hlovate). Dalam kepala otak ni
keep on repeating "disiplin...disiplin dan disiplin".
P/S: Sewaktu menantikan ketibaan waktu zohor (cewah!!) penulis pon sakan la membaca Novel aA + bB oleh Hlovate lalu penulis perasan seorang demi seorang jemaah yang datang di masjid tersebut pandang penulis semacam ja. Pada mulanya penulis buat tak kesah ja tapi akhirnya penulis tewas juga lalu beredar menuju ke kereta.Sewaktu penulis menghidupkan enjin kerete penulis terfikir salahkah penulis beri'tikaf di masjid sambil membaca novel?. tiba-tiba penulis teringat kata-kata saudara syam kamikaze supaya kita tidak menghiraukan pandangan makhluk tetapi lebih mengutamakan pandangan yang maha pencipta.. Sambil tekan clutch penulis tersenyum sendiri sebelum beredar. [^_^]