Featured Post 3


Thursday, September 15, 2011

SOMALIA : KEBULURAN DAN KRISIS


SOMALIA : KEBULURAN DAN KRISIS bukanlah lagi perkara yang asing untuk didengari .Negara yang bergolak dengan peperangan saudara dan krisis campur tangan antarabangsa yang tidak berkesudahan ini telah menyebabkan penderitaan yang berterusan kepada rakyatnya.Hujan yang tidak turun sejak dua tahun yang lalu dan di jangka berlarutan sehinga september 2011 telah mengakibatkan kerugian tanaman dan ternakan setinggi 40-60 peratus dan megakibat krisis kebuluran yang paling buruk buat warga Somalia.


Bayangkan kadar kematian bagi orang dewasa adalah 7.4 orang dari pada 10,000 orang sehari manakala bagi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah 13 orang daripada 10,000 sehari manakala jumlah keseluruhan penduduk Somalia adalah seramai 3.7 juta orang.Cuba kalian darabkan sahaja jumlah-jumlah tersebut berapakah angka yang akan terpampang pada screen calculator?.


Sungguh menyayat hati, kalau nak di ikutkan sejarah awal Afrika mereka adalah sebuah negara yang sangat kaya, di zaman Khalifah Umar Abdul Aziz,Ibnu Abdil Hakam meriwayatkan,Yahya bin Said, seorang petugas zakat pada masa itu berkata, "Saya Pernah diutus Umar bin Abdul Aziz untuk memungut zakat ke Afrika.setelah memungutnya,saya berniat untuk memberikannya kepada orang-orang misikin.Namun,saya tidak menjumpai seorang pun.Umar bin Abdul Aziz telah menjadikan semua rakyat pada waktu itu kaya.Akhirnya,saya memutuskan untuk membeli hamba sahaya lalu memerdekakannya."

Terkilan juga saya apabila membaca laporan di utusan Malaysia 10 September yang lalu apabila dinyatakan Kutipan Tabung Kemanusian Soamalia Anjuran Utusan Malaysia dan Malaysian Relief Agency (MRA) hanya baru mencecah RM615,300 sahaja.Hai apa sudah jadi dengan dermawan di malaysia.Berapa hangatkah isu ummah ini di mainkan di media MAIN STREAM?.Sejauh mana Commitment kita untuk bantu mereka berbanding Commitment kita untuk membuat rumah terbuka Aidilfitri?.


Sebagai seorang pelajar ketika ini terfikir juga saya di mana Jawatan Kuasa Pewakilan Pelajar (JPP), Majlis Pewakilan Pelajar (MPP), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Gabungan Mahasiswa Islam Se-menanjung (GAMIS) dan pertubuhan-pertubuhan yang lain?.Mereka pun sama dah terkena Virus Mat Sabu VS Mat Indera Vs Muhayiddin Yassin juga ke?.Biarlah mereka ahli politik berbalah asalkan kita sebagai seorang pelajar buat kerja Pelajar.Nah alert dengan isu-isu serantau macam isu somalia ni,mana yg boleh di bantu ayuhla kita bantu jangan dok diam membatu. AYUH BANGKIT WAHAI MAHASISWA.

P/S: Saya cabar Semua Pertubuhan pelajar untuk batalkan Jamuan Raya kalian dan gantikan dengan Aktiviti untuk Bantuan Kemanusian Somalia.Boleh?.

Sumber Rujukan :-




2 comments:

Featured Post 7


Click here for Myspace Layouts

Featured Post 6

Labels

About