Inspired by bloger SaifulIslam.com Ustaz Hasrizal Abdul Jamil via his blog slogan "ERTI HIDUP PADA MEMBERI" "
Menurut C.Northcote Parkinson dan M K Rustomji melalui bukunya Excellence in Managment mereka menyatakan bahawa :-
"Apabila kamu melihat bangunan-bangunan tinggi, kilang-kilang, jalan-jalan raya, kapal-kapal, dan kapal-kapal terbang adalah terhasil daripada mereka yang menyatakan 'TIDAK' pada awalnya sebagai jawapan. Mereka tidak peduli pada ramalan yang menjangkakan kegagalan dan sememangnya ada ramai yang akan meramalkan kegagalan mereka. Sekiranya mereka tidak berjaya melakukan dengan cara ini, mereka akan memikirkan cara lain.Di mana ada kemahuan di situ ada jalan".
Rakan-rakan seperjuangan igatlah kejayaan tidaklah datang bergolek di depan mata tetapi kejayaan datang dengan keringat usaha kita sendiri. Lupakah kalin dengan Sir Thomas Alva Edison yang gagal lebih 10,000 kali sebelum beliau berjaya mencipta mentol?. Lupakah Kalian pada Sir Albert Einstein yang terpaksa berhadapan dengan pihak gereja ketika menyatakan tentang teori relitivitinya sebelum ianya diterima pakai oleh saintis pada hari ini?.
![]() |
| Sir Alva Edison |
![]() | |
| Sir Albert Einstein |
![]() |
| Sultan Muhamad Al-Fatih |
Lupakah kita pada Sultan Muhamad Al-fatih yang gagal untuk masuk ke 'Golden Horn' ?. Walau pelbagai cara yang di lakukan sekali pun sultan Muhamad Al-Fatih tetap gagal untuk menembusi 'Golden Horn' yang direntangi oleh rantaian besi yang setiap satunya sebesar pemeluk dan di penuhi ranjau yang mampu membocorkan Armada Sultan Muhamad?. Lupakah kalian bahawa setiap kegagalan menembusi 'Golden Horn' ini membawa keapada kematian ratusan nyawa tentera islam?. Adakah Sultan Muhamad terus menyerah kalah?. Terus pulang ke istananya dan berazam untuk engan melancarkan serangan lagi lantas mengibarkan bendera putih?.
TIDAK SAHABATKU...TIDAK SAMA SEKALI
Sultan Muhamad terus berusaha keras, mengatakan TIDAK pada kegagalan, mengatakan TIDAK kepada kekecewaan, Sultan Muhamad terus berusaha tanpa mengenal erti jemu sehinggalah akhirnya 70 buah kapal belayar di daratan merentasi bukit hanya dalam tempoh satu malam sahaja sedangkan ketika itu tiada teknologi cangih seperti hari ini. Lihatlah bertapa besarnya KUASA PEMUDA DENGAN SEMANGAT TIDAK MENYERAH KALAH. Teruskan perjuanganmu sahabat di kancah KEPIMPINAN YANG TIDAK BERKESUDAHAN INI.
P/S : Dedikasi khas buat semua Pimpinan pelajar yang sedang berjuang.Semoga rahmat sentiasa bersama kalian hendaknya.





No comments:
Post a Comment