Hidup ni tak kan sentiasa tersenyum,takan lah hari-hari kita akan gembira dan bersuka ria. Bila datang kedukaan tu kenapa kita akan lupa segala kegembiraan kita dan mula untuk beremosi sambil cakar-cakar badan ataupun hantuk-hantuk kepala dekat dinding?.
Entah Penulis sediri pun tak pasti kenapa manusia (Penulis juga manusia ya bukan Syaitan) senang sangat melupakan segala yang positive dan terjebak dalam pemikiran,perbuatan dan percakapan yang negetive. Dan dalam keadaan sebegini sunguh hati rasa sangat tak tenang walaupun orang cakap waktu-waktu (12.00AM sehingga 4.00AM) macam nilah waktu yang sangat tenag tanpa gangguan.Sebabtu para sahabat bangun pada sepertiga malam untuk beribadah kepada Allah sebab Waktu macam ni tenang.
Sudahnya selepas memaki hamun Buku Mechanic Statics R.C.Hibler sambil menghempas-hempas Cawan berisi Nescafe baru Penulis sedar ketenagan itu milik siapa.Bukan waktu yang menentukan ketenangan kita contohnya Mat rempit di jalanan yang dikejar Atok Polis waktu-waktu macam ni hati mereka tenang ke?. Bukan kemewahan yang menenangkan kita contohnya Pemilik kereta Porsche Cayman akan tidur dengan tenang ke bila Alarm kereta jiran berbunyi sepanjang malam?.
Tapi ketenagan itu datangnya jika kita pulangkan hati kita kepada Allah, ingat pada dia, berzikir pada dia, baca kalam dia, barulah hati kita akan tenang..
Penulis teringat kata-kata roommate Penulis "KALAU HIDUP SETAKAT HIDUP BABI PUN HIDUP JUGA".Apalah ertinya hidup seorang Khalifah tanpa dugaan kan?.Baru di cabut ketenagan dari hati sedikit sahaja kita dah mula mengelupoq maki-maki sana, hempas-hempas sini,serabut situ.Sudahnya Penulis rasa sangat kesal dengan jati diri Penulis yang tidak mencerminkan jawatan (khalifah) Penulis di muka bumi ni. Malu ja dengan Babi yang tetap hidup tu..
P/s: Sabar itu sebahagian daripada Iman.. :)



No comments:
Post a Comment